Jumaat, 29 Mac 2013

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum,

Bulan Mac hampir ke penghujungnya, rasanya dah genap 2 tahun kat Sydney. Juga bersamaan 4 semester yang panjang tanpa sebarang perasaan 'cuti-cuti Malaysia' (Raya puasa, Raya haji, Tahun Baru Cina dan sebagainya). Perasaan semasa dua semester pertama bagaikan lemas dalam lautan keraguan, ketidak pastian, low self-esteem, project feasibility dilemma, sample bagaikan chipsmore, sakit kaki dan bebanan/tanggungjawab sebagai aset pelaburan cukai rakyat...

Semester ketiga pula dipenuhi dengan semangat juang ber-experiment dan berangan-angan menulis untuk publication. Apa bila masuk semester ke-4...Kebosanan melanda bila experiment sama diulang sebab result tak cantik dan angan-angan menulis masih kekal sebagai angan-angan...dan kini sudah masuk semester ke-5...

Untuk semester ini, terasa diri BodDo mantol-mantol (Bodoh dengan slang UAI dan mantol-mantol kata penguat yang berasal dari SMKAS). Terasa diri ini semakin kecil dalam lapangan ilmu (hakikatnya, masih perlukan 2 kerusi di makmal). Memang tepatlah perumpamaan yang menyatakan...

"Semakin tinggi kita menuntut ilmu, semakin tinggi jugalah kesedaran kita tentang keluasan ilmu itu sendiri"
Sebagaimana firman Allah S.W.T...
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan." (al-Kahfi: 109)
Sebagai satu perkongsian, dua-tiga bulan lepas, penulis sibuk dengan satu experiment menggunakan Laser confocal scanning microscopy (LCSM). Hampir setiap minggu termanggu dalam sebuah bilik yang gelap dan sejuk, bertemankan LCSM yang selalunya diakhiri dengan perasaan hampa atau tidak puas. Berderet-deret soalan "Kenapa? Kenapa? Kenapa?" menerjah kepala. Disusuli dengan pelbagai andaian dan kemunginan sebagai jawapan...dimana garis kepastian? Rasanya penulis masih belum jumpa lagi ataupun sudah terlepas pandang.

Minggu ini, seorang sahabat di Centenary Institute menawarkan bantuan untuk mencuba satu lagi jenis mikroskop, Delta Vision: Deconvulated imaging. Sejam lepas guna, terkesima, tak percaya, bagaikan mimpi menjadi kenyataan. Hasil yang selama ini diharapkan, hampir menjadi kenyataan di depan mata (baru testing, belum optimize lagi ni). Terlintas dalam kepala...adakah hasil kerja 3 bulan yang lalu bakal dibiarkan berhabuk...masih dalam keraguan. Mudahnya...sungguh cetek ilmu pengetahuan dan pengalaman penulis dalam projek sendiri.

Ini baru satu contoh. Ada banyak lagi yang boleh dikategorikan dalam bab yang sama. Mungkin inilah kelemahan sebenar...malas mencari dan membaca. Awal-awal dulu masih rajin scanning artikel. Ada juga idea yang sangkut atau berkaitan. Kononnya berhenti membaca untuk fokus experiment. Tapi, bila ada masalah, pening kepala sebab tak tau nak rujuk ke mana. "Kalaula....itu dan ini...mesti dapat macamni...Dah lepas dah...tapi belum terlambat. Jika kita fikir negatif, tiada pengajaran yang dapat diambil. Anggaplah ia sebagai kunci dan bayaran untuk hasil yang lebih baik.
Life is a journey, it paused when you sleep, but stop when you die
"...semakin tinggi kesedaran kita tentang keluasan ilmu" atau dalam bahasa ringkas...makin belajar...makin bodoh rasanya. Ini bukan satu penyataan negatif, tetapi sebagai satu suntikan semangat untuk terus dahagakan ilmu. Teringat kata-kata supervisor masa awal-awal dulu...
"Research is re-search what you had found. When you identify, understand, know or see new information, your obligation is to know more about what you had searched. Thus, you will re-search deeper and deeper. The deeper you go, you will realized...there will be no end of it. You can stop being a researcher when you're feel satisfied with what you have"
Kesimpulannya, jangan kita malu kerana tidak tahu sesuatu jawapan. Malulah kita, bila kita segan nak bertanya atau belajar benda yang kita tak tahu. Jika ada pembaca yang pro menggunakan teknik deconvulated imaging, tolonglah berkongsi dengan penulis. Dah lama beno rasanya tinggalkan fizik dan optik.

Terima kasih dan semoga bahagia,
Wassalam

BodDo mantol-mantol

Ahad, 10 Mac 2013

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum dan semoga bahagia,

Pertanyaan daripada Saudari Nurul Fatin,
salam... boleh kongsikan cara belajar di universiti seperti mencari maklumat dan sebagainya... saya baru first year di universiti so kadang2 saya rasa down sangat sebab x faham walaupun dah bace buku and tanye lecturer.... saya still x dapat bayangkan apa yang di maksudkan... bile nak exam saya rasa mcm x pernah belajar apa2... semua lupa abis.. so sy kene bukak buku balik... tp risau tahap cipan tuu lebih menguasai diri.. boleh bagi tips tak?? :)
 Jawapan:

Wassalam...Fatin, terima kasih kerana sudi bertanya. Si Tukang Tulis akan cuba untuk berkongsi apa yang dirasakan dapat membantu. Pertama sekali, Si Tukang Tulis tak pasti bidang Fatin. Setiap bidang atau kursus yang ada mempunyai pendekatan pembelajaran yang berbeza. Contohnya, Si Tukang Tulis dalam bidang sains hayat. Bidang yang 'dikuasai' oleh buku tebal-tebal yang perlu dibaca, difahami dan dipraktikkan. Tapi, Si Tukang Tulis bukan jenis membaca sangat, baru semuka-dua da menguap bertalu-talu. Terpaksalah guna kaedah alternatif. Tapi kita tinggalkan sekejap dan sentuh masalah Fatin satu per satu.

1) Susah nak faham kuliah atau penerangan dalam buku walau dah baca 3-4 kali ulang.
Untuk selesaikan masalah ini, Fatin kena kenal diri Fatin dulu. Setiap individu mempunya gaya yang berbeza. Ada jenis kawan yang dengar kuliah terus faham. Ada yang jenis salin nota dulu, balik kuliah baru proses. Ada pula yang jenis kena baca buku tebal-tebal dan faham bila rujuk balik kuliah dan pelbagai ragam lagi...(ada yang tido memanjang tapi bila kena tanya mesti boleh jawap). Untuk itu, Fatin kena pastikan 'gaya' fatin macam mana. Contohnya, Si Tukang Tulis jenis yang malas baca+salin nota laju-laju+dengar penerangan pensyarah. Selepas sebulan-dua, cari balik nota-nota cakar ayam tadi dan cuba tukar kepada peta minda. Bila dah siap peta minda (mesti satu helai untuk setiap bab), baca dan tengok banyak kali. Bila exam, boleh termenung dan terbayang peta minda tadi. Kesimpulannya, Si Tukang Tulis jenis yang bergantung kepada 'visual memory'. Jalan pintas untuk semua tadi, rekrut 5-6 kawan buat study group. Agihkan tajuk masa awal semester dan kumpul peta minda  beberapa minggu sebelum peperiksaan. Kawan yang buat peta minda akan terang bagaimana nak guna dan dalam masa sama, perbincangan akan dijalankan (kalo ada makanan sedap-sedap lagi berkesan). Pokoknya, kenali gaya anda dan rancang countermeasure yang sesuai

2) Tak faham juga walau dah tanya pensyarah!
Untuk masalah ini, rasanya Fatin bukan tak faham apa yang diterangkan. Tapi, kurang keyakinan dengan apa yang Fatin faham. Selain itu, adakah Fatin bertanyakan soalan yang bagus dan tepat atau sebaliknya? Soalan yang tepat akan memberikan jawapan yang jitu. Kadang-kadang, kita bertanya bukan sekadar untuk tahu, kita juga bertanya untuk mendapat kepastian. Contohnya, kita datang jumpa pensyarah dan bertanya..."Dr, saya tak jelas dengan kuliah Dr hari ni..." atau "saya tak faham tentang A dan B, boleh Dr terangkan semula?" Pada Si Tukang Tulis, soalan seperti ini adalah kurang tepat. Kaedah yang lebih baik adalah, kita cuba terangkan apa yang kita faham (sikit ke banyak pun jadilah) dan bold bahagian yang kita tak faham. Baru pensyarah tahu, jawapan apa yang patut diberi. Dengan cara ini, kita cuba pastikan pemahaman kita tentang masalah tadi betul atau jika salah, pensyarah akan tahu apa yang kita tak jelas dan di mana 'kunci' yang kita terlepas pandang. Kaedah ini juga berkesan semasa exam!!!. 

Untuk bidang seperti biologi, pemahaman akan wujud sekiranya kita cuba memahami proses atau jalan cerita. Contohnya, kita tahu dari teks, A akan jadi B. Akan tetapi, ini tidak cukup kerana kita hanya tahu A mesti jadi B. Kita perlu tanya soalan yang sewaktu dengannya..."Macam mana A boleh jadi B?", "Apa yang terlibat dalam mekanisma A>B" atau "Apa pentingnya A dan kenapa dia kena jadi B", "Lepas jadi B dia buat ape pulak???". Persoalan yang kita timbulkan ini bukan hanya untuk tahu A jadi B. Tapi kita akan faham kenapa, bagaimana dan siapa itu A dan B. Bila kita faham, ia akan bantu proses menghafal. Secara mudahnya, Si Tukang Tulis menggunakan kaedah FAHAM > HAFAL dan bukan HAFAL dulu baru nak FAHAM. Untuk bidang lain, Si Tukang Tulis pasti ada proses yang lebih sesuai. (Kalau matematik atau fizik... terbuat salah atau tak dapat jawapan baru kita sibuk nak memahami kenapa tak dapat-dapat jawapan).

3) Dah study sampai esok pagi...masuk dewan peperiksaan, semua hilang!!!
Masalah ni normal untuk semua yang pernah bergelar mahasiswa. Lepas keluar dewan, keinginan nak semak jawapan melampaui keinginan mahu kebebasan daripada belenggu exam. Lepas semak, ramai-ramai tepuk dahi! Hakikatnya, apa yang kita belajar tidak hilang. Andaikan otak kita umpama rak-rak buku dalam astaka. Astaka pula terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian kaunter dan bahagian restricted area. Memori sedar (conscious mind) ni umpama kaunter dan yang satu lagi sebagai memori separa-sedar (sub-conscious mind). Hanya buku atau dokumen yang sangat penting kita akan letak di kaunter supaya senang nak dapatkan semula. Perkara yang kurang pasti dan terlalu banyak kena letak dekat bahagian lagi satu. Untuk pastikan kita mudah mendapatkan semula dokumen daripada restricted area ni, kita kena letak tag, baru mudah nak ambil semula. Jika tidak...berzaman la baru jumpa. Minda kita juga begitu. Apa yang kita study belum pasti penting atau yang mana akan masuk exam. disebabkan terlalu banyak, secara tak sedar kita letak dalam sub-conscious mind kita. Kalau ada tag senang nak cari balik. Persoalannya...apa tag untuk sub-conscious mind  kita?  

Sebelum ni Si Tukang Tulis ada sebut pasal makanan semasa study group. Si Tukang Tulis gunakan makanan sebagai tag untuk subjek yang dibincangkan. Bagaimana ia berfungsi? Contohnya, kita study pasal C sambil makan goreng pisang. Kawan kita bentang sambil makan dan terselepat sambal kicap dekat tudung dia. Lepas tu, dekat 10 minit membebel pasal tudung mahal susah nak basuh bagai. Lepas tu sambung balik bincang...semasa exam bila kita jumpa subjek 'pisang', memori kita akan rewind  balik kejadian goreng pisang dengan sambal kicap dan kita akan ikut rantaian memori tadi untuk ingat balik benda yang kawan kita cuba terangkan. Bila dah jumpa tag...otak kita akan berfungsi sangat laju dan terbayanglah peta minda bersama goreng pisang cicah sambal kicap. Kesannya, anda tersenyum simpul sesorang dan terus jawap soalan. Perkara ini selalu berlaku pada Si Tukang Tulis. Sekiranya Fatin orang yang bergantung banyak kepada visual memory, kaedah seperti ini mungkin relevan. Maka, Fatin (juga kepada pembaca yang lain) perlu memahami diri sendiri dan seterusnya mencuba kaedah yang sesuai.

4) Study sorang bosan...nak couple boleh?
Sebagai mahasiswa, kita akan diuji dengan pelbagai 'rangsangan'...khususnya! kuasa membeli yang terhad, aktiviti persatuan yang lebih menarik, 'kasih sayang' kolej (maksudnya tak bole lari dari aktiviti kolej...) dan tak lupa kepada tarikan adam-hawa. Belajar juga perlukan rangsangan dan ia berbeza di kalangan individu. Untuk Si Tukang Tulis...study di kedai mamak. Sementara menunggu order sampai...sempatla habiskan nota peta minda. Memang tak pelik kalau nota tadi penuh dengan sisa-sisa kuah dal atau air neslo.Selain itu, belajar juga perlukan teman seperjuangan. Sebab itu biar ada study group yang kekal sepanjang pengajian dan ini sudah dikongsi dalam artikel Belajar di universiti Bhg. 2. Sehubungan dengan itu, ilmu akan bertambah dan kukuh dalam diri kita bila ia disebar dan diajar. Belajar dengan mengajar. Sekiranya anda rasa study dengan couple dapat membantu...tiada sebarang komen. Akan tetapi...Si Tukang Tulis nak ingatkan, ilmu yang kita nak tuntut ini milik Allah. Kita mulakan hari kuliah kita dengan niat "Aku keluar pintu ini untuk belajar ilmu Mu Ya Allah, permudahkanlah dan manfaatkanlah". Jika difikirkan balik, kalau kita study dengan couple yang sah, In sya Allah dapat pahala. Tapi bagaimana dengan yang belum sah? Adakah apa yang kita belajar hanya menambah berkah atau sebaliknya?

5) Nak cari teks rujukan...buku di astaka sudah ada orang pinjam atau sembunyi 
Nak cari rujukan...perpustakaan lah tempat terbaik. Sejujurnya...Si Tukang Tulis sangat-sangat jarang ke sana. Nak study  dalam tu umpama baring atas tilam vono. Maka Si Tukang Tulis terpaksa pilih atas katil kolej yang kurang empuk atau kedai mamak bersama mee rojak ayam. Yang pasti, universiti sekarang sudah ada capaian internet di mana-mana. Termasuklah di telefon bimbit dan sebagainya. Maka tiada alasan tidak dapat cari maklumat. Isu yang sebenar adalah, adakah Fatin menggunakan kata kunci yang tepat? dan kombinasi kata kunci yang relevan. Maklumat dari internet sangatlah banyak tapi bagaimana kita nak dapatkan maklumat yang tepat. Si Tukang Tulis cadangkan, jadikan google dan  wikipedia teman rapat anda. Gunakan wikipedia sebagai pencetus proses mengumpul maklumat. Bila kita dah ada idea tentang perkara yang kita mahu, baru kita gunakan kombinasi kata kunci yang relevan dalam google. Gunakan youtube dan sewaktu dengannya untuk dapatkan penerangan interaktif. Jika ada barangan Apple, pergi ke iTunes dan cari iTunes U dan dapatkan kuliah-kuliah dari Cambridge atau Oxford (zaman kami dulu, PtPtN cukup untuk bayar yuran dan kolej...dan maggi. Nak lebih kena mohon jasa baik FaMa). Senang cakap...mahasiswa sekarang tiada alasan untuk tidak boleh dapatkan rujukan tambahan. Internet telah menghapuskan istilah 'mustahil' dalam perkara ini. No excused!

Kesimpulannya, setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri dalam perkara yang kita lakukan. Tetapi, adakah kita sedar, sama ada kaedah yang digunakan untuk menguasai suatu pekerjaan itu jalan singkat atau jauh, direct atau alternative? Adakah kita mengenal dan memahami kelebihan dan kelemahan diri sendiri? Adakah kita menjadikan pekerjaan kita (dalam situasi Fatin dan Si Tukang Tulis, belajar) hanya semata-mata pekerjaan atau ibadah? Adakah kita menuntut ilmu untuk memenuhi kehendak diri, keluarga atau ilmu? Adakah kita dapat membayangkan apa yang kita akan buat selepas tamat pengajian? Cukupkah dengan keputusan yang sedia ada? atau bila ditanya semua persoalan diatas...kita hanya mengangkat bahu dan perkataan seperti 'entah, tak pasti, tak fikir lagi' terpacul dari bibir seorang mahasiswa. 

Sebelum kita menuntut ilmu, kita perlu kenal, faham dan cinta ilmu yang kita tuntut tadi. Ilmu yang dituntut hanya sebagai maklumat jika ia tamat di helaian kertas peperiksaan, ia akan kekal sebagai ilmu dan terus berkembang jika penuntut itu tadi mengamalkan dan meletakkan ia dekat di hati. In Sya Allah Ilmu tadi akan bertambah. Untuk itu, jangan putus asa, terus belajar dan bertanya, biar kita malu ber-couple, tapi kita berani dalam mengejar sumber ilmu. Kalaulah ILMU itu umpama artis Hollywood, mesti ramai terkejar-kejar nak autograph

Sebarang kekeliruan mahupun kesilapan dalam artikel ini, mohon diperbetulkan dan didahului dengan ucapan terima kasih

Respon untuk Nurul Fatin: Bukan senang nak menuntut ilmu

Rabu, 17 Oktober 2012

Assalamualaikum

Alhamdulillah, lama rasanya menyepi. Bukan tak sudi menulis, tapi masa menjadi faktor penghad dalam menulis. Walau bagaimanapun, dah lama sangat perap...nak cuba luah sehabis baik kali ni. Sekarang ni memang tengah 'mental-block' dengan projek PhD. Macam-macam dugaan datang satu demi satu. Setiap orang akan melalui perjalanan hidup dia yang tersendiri dan inilah yang akan membentuk diri kita akhirnya. Tak perlu menyamakan diri dengan orang lain...fokus...fokus...
OK, Sebenarnya SiTukangTulis nak berkongsi sedikit pengalaman tentang menulis penulisan akademik. Pasti ramai pelajar universiti yang akan/sedang/sudah melalui pengalaman menulis tesis di tahun akhir pengajian. Penulisan akademik lebih menyerlah apabila kita menyambung pengajian Master ataupun PhD. Rasanya, tak ramai yang suka menulis (teringat bila kena buat esei, assingment dan sewaktu dengannya). Nak menulis karangan sekolah rendah memang power...sekali masuk terma-terma saintifik bagai...ada la mengelamun 1/2 jam pikir nak tulis satu ayat. Lagi-lagi bila kena terjemah rujukan Inggeris ke BM. 

Dalam penulisan, 'citation' untuk setiap rujukan sangat penting. Pasti ramai yang biasa menggunakan 'reference manager' seperti EndNote dan sewaktu dengannya. Nak 'update' semua rujukan yang ada memang sangat 'stress'!!! SiTukangTulis sendiri dah beberapa kali kena ulang isi dan 'update' EndNote sebab hilang fail-library untuk endnote. Tak kira lagi backup dalam pendrive-laptop-office pc-cd-email dan sewaktu dengannya. Kan bagus kalau ada 'reference manager' online yang sangat 'user friendly'...hanya fokus menulis dan lupakan segala masalah nak susun rujukan!
Maka di sini SiTukangTulis nak berkongsi 'reference manager' yang dipanggil Mendeley. Segala kemudahan yang SiTukangTulis inginkan dipenuhi dalam Mendeley (ingatan: SiTukangTulis bukan promoter!). Mula digunakan secara meluas dalam dunia akademik dalam 2011, tapi sudah ramai yang mengiktiraf kepenggunaannya.

Apa yang SiTukangTulis inginkan adalah satu reference manager yang:-
  1. Automatik cari dan isi semua citation
  2. Automatik boleh backup online
  3. Boleh cari guna keyword dan terus ke fail yang dicari
  4. Boleh buat perbandingan, nota atau susun ikut kategori
  5. Mudah 'integrate' dalam Word dan senang nak buat bibliografi
....dan ini sudah ada pada Mendeley! Paling seronok, boleh 'drag n drop file' dalam Mendeley desktop dan automatik file tadi di simpan dalam sistem Mendeley online dan terus dapat citation. Inilah yang paling SiTukangTulis suka. Tak perlu dah nak update endnote dari semasa ke semasa. Anda hanya perlu daftar sama ada email atau facebook dan anda akan dapat ruang 1Gb untuk simpan file. Selain itu, untuk 'annotate' rujukan dalam word, anda perlu download Mendeley Desktop (tempat untuk drag n drop file) dan juga add-on untuk word. Jika berminat, boleh klik Mendeley untuk mengetahui dengan mendalam.

Sesiapa saja yang berminat dalam penulisan atau pengumpulan data, patut mencuba Mendeley. Mendeley ni...dah jadi macam 'Academic FaceBook' sebab Mendeley bukan sahaja untuk simpan dan susun rujukan, ia juga telah menjadi satu hub perkongsian global di kalangan ahli akademik. Ada juga 'Group' khusus untuk satu bidang tertentu atau kita boleh 'follow' saintis dalam bidang yang kita inginkan.

Akhir kata, SiTukangTulis bukan pakar nak cerita dengan lebih mendalam. Jika berminat, cubalah...dan boleh pindah semua rujukan dalam endnote ke dalam Mendeley desktop. SiTukangTulis ambil masa 2-3 minggu nak isi semula endnote! Tapi hanya kurang 3 jam untuk semua rujukan yang SiTukangTulis ada dan terus sambung menulis sambil mengganti rujukan endnote ke mendeley. Dijamin puas hati...sebab SiTukangTulis sangat puas hati. (Pernah cuba buat guna excel tapi malas nak update, nak guna access tak reti dan dia tak automatik update). 

Kalau ada yang berminat dalam bidang SiTukangTulis, boleh cuba add SiTukangTulis dengan klik di sini-> FareedSairi . Bidang SiTukangTulis ada berkaitan dengan Bioteknologi/Cell culture/Bioreactor. Mana tau bole berkongsi kepakaran dan sama-sama belajar, InsyaAllah. (resume mmg kosong lagi sebab baru nak tumbuh)

My Hero this year...Mendeley!!!

Ahad, 16 September 2012

Bismillahirrahmanirrahim... 

Assalamualaikum dan semoga bahagia,

-Sambungan daripada artikel pertama-

Ponteng vs Nota
Sehebat mana anda dalam bidang akademik, jangan suka hati ponteng kelas. Dalam menuntut ilmu, kita perlu berguru. Tujuan pergi kuliah adalah untuk menuntut ilmu dan berguru. Untuk mencintai ilmu, kenalah sayang pada gurunya (sayang pada ilmunya dan bukan tuan badanya). Telah menjadi tradisi dalam Islam, untuk kita menuntut ilmu, kenalah menghormati gurunya. Jika pensyarah perlu ke kuliah untuk mengajar, apa alasan anda untuk tidak pergi kuliah? Hanya kerana ada nota disediakan atau boleh ambil dari rakan sekuliah? Anda korbankan masa keemasan untuk menuntut ilmu dari gurunya? Lainlah kalau memang pensyarahnya sendiri gunakan Tele-conference untuk mengajar.
"Belajar bukan hanya dengan membaca nota atau menjawap peperiksaan, belajar adalah kata lain bagi merasai pengalaman dalam menuntut ilmu dengan menggunaka kesemua panca indera jasad badan agar ilmu melekat di hati dan tidak bertukar menjadi maklumat sahaja"
  Kebiasaannya, setiap kuliah sudah disediakan dengan nota. Walau bagaimanapun, Si Tukang Tulis tak boleh nak hayati nota yang disediakan. Maka, biarlah orang lain pakai nota yang pensyarah bagi, atau iPad bagai, kaedah old school paling sesuai untuk Si Tukang Tulis. Setiap kali kuliah, Si Tukang Tulis akan bawa sehelai-dua A4 dan sebatang pensel tekan-tekan. Masa pensyarah mengajar, Si Tukang Tulis sibuk menyalin nota dan menambah point-point yang pensyarah sebut. Hasilnya, Setiap kuliah sejam akan diwakilkan dengan sehelai A4  yang penuh dengan tulisan cakar ayam.

Nota versi ke-2 (Mind MAP)
Cabaran paling hebat bagi Si Tukang Tulis, bila tamat satu subjek atau kursus, Si Tukang Tulis akan selongkar bilik untuk kumpul helaian-helaian nota yang di tulis tadi. Seterusnya, menyalin dan menyusun nota tadi ke dalam bentuk peta minda. Ada satu syarat yang Si Tukang Tulis tetapkan untuk buat peta minda, setiap bab mesti dalam satu helai...SATU helai sahaja...atau seboleh-bolehnya.Masalahnya, disebabkan tulisan yang lagi buruk dari cakar ayam, di tambah lagi dengan garis-garis yang tidak ketahuan maknanya (kekadang telelap masa salin), proses membaca dan menyalin ni jadi 2x lebih lama dari kuliah asal. Walaupun lama...tidak lah bosan sebab ditemani dengan wayang anime di laptop.
"No Pain, No Gain...No Strain"
Setelah semua nota siap, Si Tukang Tulis telah ada kurang dari 10-15 helai peta minda untuk setiap subjek. Now, here, is the best part... Setiap kali Si Tukang Tulis melepak di kedai mamak (Hampir setiap malam), Si Tukang Tulis akan bawa satu set nota. Sambil menunggu order, peta minda tadi boleh diselak-selak. Kurang dari 10 min untuk habiskan setiap bab. Apabila Rojak mee ayam sampai bersama neslo ais, Si Tukang Tulis dah habis satu 2-3 bab. Lepas habis makan sambung lagi. Kemana-mana Si Tukang Tulis melepak, satu set nota akan di bawa (bawak je dulu, baca cerita no. 2). Nak tambah lebih lagi...masa tunggu nak masuk dewan peperiksaan, sedang orang lain sibuk baca nota atau buku rujukan, Si Tukang Tulis hanya temenung depan beberapa helai peta minda. Masa tengah jawab soalan, imej peta minda yang ada cop kopi atau kuah dhal terpampang jelas di minda.

Study (makan) Group
Sehebat mana pun peta minda yang dibuat, lebih hebat lagi jika ada study group untuk belajar bersama. Antara perkara yang paling seronok dalam belajar, bila mana kita berkongsi kejayaan dengan sahabat yang lain. Setakat mana lah keseronokan jika kita berjaya tapi sahabat kita sedih kerana dia tak berjaya...bukan dia gagal. Tak cukup cemerlang. Jika kita berjaya, kita akan terasa keseronokannya...sendiri, bila kita dan sahabat-sahabat lain berjaya, keseronokan tadi akan menjadi berganda-ganda!
"You win the battle, but you lost the war"
Persoalan utama dalam study group, bagaimana kaedah pelaksanaannya. Si Tukang Tulis percaya, setiap orang mempunyai gaya dan cara tersendiri dalam belajar. Akan tetapi, ini tidak bermakna gaya dan cara yang kita suka adalah yang terbaik. Cuba alami gaya berbeza sebelum kita menilai.  Bagi Si Tukang Tulis, study group berfungsi sebagai memory enhancer untuk setiap ahlinya. Secara mudah, ia umpama jalan pintas untuk memahami suatu masalah. 

Kaedah yang kami gunakan semasa belajar dahulu-kala sangat mudah. Semasa awal semester, pensyarah akan menyerahkan senarai bab yang akan dipelajari. Senarai ini juga yang digunakan kami untuk membahagi-bahagikan tugasan kepada semua ahli. Setiap ahli yang ditugaskan akan mendalami bab tersebut lebih dari kebiasaan, memahami setiap penjuru bab dan menyediakan nota untuk diagih-agihkan beberapa minggu sebelum minggu study week. Syarat yang sama digunakan...setiap bab hanya ada sehelai peta minda yang tersusun...mengikut kreativiti masing-masing. 
 "Untuk belajar, anda perlu mengajar"
Semasa study week, kami memperuntukkan masa 8 pagi- 8 malam untuk 'belajar' membaca nota yang disediakan. Masa inilah berlakunya perbezaan pendapat tentang satu teori atau masalah, saling membetulkan antara satu sama lain dan yang paling penting, mewujudkan kunci untuk menguatkan memori. Kunci yang dimaksudkan adalah sesuatu yang boleh mengingatkan kami apa yang dibincang tentang subjek tertentu.  Antara contoh yang paling mudah adalah seperti, Si Tukang Tulis bentang subjek Bacterial Protein Translation, sambil makan roti canai. Semasa peperiksaan, apabila keluar subjek yang sama, kami semua akan teringat siapa yang bentang dan siapa yang makan roti canai. Pelik, tapi beginilah cara otak kita berfungsi.
"Minda separa sedar (Sub-concious mind) berfungsi umpama perpustakaan yang besar. Semua maklumat akan disimpan secara automatik. Jika satu perkara yang berlaku di kelaskan sebagai penting, ia akan di letakkan dalam memori sedar ( Concious mind). Jika terlalu banyak atau tidak penting, ia akan disusun dalam perpustakaan minda separa sedar. Untuk memudahkan proses recollection, maklumat tadi perlu disimpan bersama 'tag' yang akan 'bernyala' apabila kita mengingati 'kunci' tersebut" -perumpamaan ringkas Si Sukang Tulis-
Alhamdulillah, berkat kesabaran, ketekunan dan semangat tidak mahu kalah, kami berjaya menamatkan pengajian dan beberapa sahabat yang ada juga tersenarai dalam penerima anugerah dekan (CGPA >3.6). Kini, semua sudah berjaya dalam bidang pekerjaan mereka dan ada juga yang sudah berkeluarga dan beranak-pinak...kecuali Si Tukang Tulis yang masih belajar.  

Penamat: Lillahi Ta'ala
Untuk menamatkan artikel kali ini, perkongsian terakhir ialah, bila kita melangkah keluar dari rumah atau dari bilik asrama untuk belajar, ke kelas atau bekerja, kita mulakan dengan niat kerana Allah swt. Kerana sesungguhnya, ilmu di dunia ini milik Allah, untuk menuntut ilmu-Nya, kita mulakan dengan niat kerana-Nya dan bersungguh dalam melakukannya. InsyaAllah, ilmu yang di pelajari lebih mudah melekat di hati sanubari kita dan seterusnya di amalkan sama ada dalam kehidupan mahupun sebagai metod untuk mengenal, memahami dan mencintai Sang Pencipta alam ini, ALLAh swt.

Sebarang kekeliruan mahupun kesilapan dalam artikel ini, mohon diperbetulkan dan didahului dengan ucapan terima kasih

Belajar di Universiti (MyStory) Bhg.2

Sabtu, 15 September 2012

Bismillahirrahmanirrahim... 

Assalamualaikum dan semoga bahagia,

Alhamdulillah, lama tak berkongsi di sini. Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat datang kepada sahabat-sahabat yang melanjutkan pelajaran di Universiti. Tahniah dan syabas kepada anda semua kerana tabah untuk terus menuntut ilmu di menara gading. Jika titik masa ini boleh di ubah sesuka hati, nescaya Si Tukang Tulis akan memilih zaman undergraduate, untuk merasai kembali kemanisan menuntut ilmu di menara gading. Artikel kali ini lebih kepada perkongsian dan mungkin motivasi untuk sahabat yang baru mengenal dunia akademik. Anda bebas untuk bersetuju mahupun tidak, baca dan fikirkanlah.

Sejak zaman Si Tukang Tulis, menuntut di universiti sudah menjadi keperluan, tidak seperti zaman sebelum 80-an, belajar di universiti merupakan satu keistimewaan. Maka, kita semua hendaklah bersyukur, kerana kita merupakan antara generasi yang bertuah, kerana berpeluang untuk menuntut ilmu dengan lebih jauh. Ini sama sekali berbeza dengan zaman ibu bapa Si Tukang Tulis.

Walau bagaimanapun, dalam keghairahan kita untuk maju ke arah generasi intelek, kita berdepan dengan masalah quantity versus quality. Perkara ini menjadi bualan media dan pakar di negara kita. Pelbagai teori dan hipotesis diajukan dikuti dengan metod-metod untuk menyelesaikannya. Hakikatnya, masalah quantity vs quality masih tidak ketemu jalan penyelesaian. OK...Kita serahkan kerja-kerja ni kepada Pak-pak menteri dan Ahli Fikir yang bertanggungjawab. Sekarang, kita nak berbicara sebagai mahasiswa.

Quantity vs Quality OR Quantity WITH Quality?
Sebelum pergi lebih jauh, Si Tukang Tulis mahu menjelaskan, sebagai mahasiswa, tanggungjawab kita adalah Belajar. Istilah 'belajar' di sini bukan hanya tertumpu dalam bidang akademik, tapi merangkumi kehidupan kita sebagai anak, sahabat, jiran, masyarakat dan dunia. Sudah sampai masanya untuk kita meluaskan skop pengajian mahasiswa 'tempatan' yang dibelenggu masalah quantity over quality kepada mahasiswa global, quantity with quality
"Mahasiswa tempatan perlu menganjak paradigma pemikiran mereka kepada mahasiswa global untuk menjadi mahasiswa yang berkualiti. Tidak terperangkap dalam pemikiran 'alah cukuplah' atau 'asal bolehlah'. Sentiasa mencabar diri sendiri dan bukan menyedapkan hati. Cemburu untuk berjaya dan bukan dengki dengan kejayaan orang lain. Memilih untuk menuntut ilmu dan bukan terpaksa menjawab peperiksaan. Realitinya...kita terlalu merendah diri dengan keupayaan kita dan memilih untuk bersembunyi dalam kesenangan yang palsu"
Pertama sekali, janganlah sedih apabila kos yang ditawarkan bukan kos yang diimpikan. Jika layak, dan mahu buat rayuan untu tukar kos, silakan. Jika redho denga apa yang ditawarkan, alhamdulillah. Jujurnya, Si Tukang Tulis dulu mengimpikan kos Farmasi...tetapi ditawarkan Mikrobiologi. Apa itu mikrobiologi pun tak tahu sehinggalah hari pertama kuliah. Berkat usaha para pensyarah dan sahabat yang lain, alhamdulillah, terasa sungguh kemanisannya apabila tamat pengajian.

Tanya hati anda
Semasa Si Tukang Tulis memulakan kehidupan di UKM, ada beberapa soalan yang Si Tukang Tulis tanya pada diri sendiri:
"Kenapa aku ada di sini? Lepas tamat pengajian aku nak buat ape?
Kedua-dua soalan tadi terus bermain-main di fikiran hinggalah tamat semester pertama. Ketika itulah Si Tukang Tulis membulatkan tekad untuk terus belajar dan mendekati dunia akademik. Sesungguhnya, belajar tentang organisma mikro seperti kulat, bakteria dan virus sangat seronok dan membuka mata. Ia mengajar kita tentang kekerdilan manusia. Walaupun dunia kini semakin moden, hatta Amerika yang hebat dengan nuklear bagai, umpama tikus mondok ketakutan mencari 'senjata' melawan organisma seni seperti virus HIV atau bakteria rintang antibiotik seperti Methicilin Resistant Staphylococcus Aureus (MRSA). Ternyata rahsia dunia yang Allah sembunyikan dari manusia masih terlalu banyak. Subhanallah...

Cinta dan Sayang 
Cinta dan sayang...kepada ilmu dan guru/pensyarah. Bukan kepada makwe/pakwe...yang ni kena tunggu lepas nikah. Berbalik kepada cinta dan sayang kepada ilmu dan guru, ia perlu datang dengan usaha dan ketekunan. Apabila ia datang, kita akan senantiasa merasai keseronokan untuk belajar dan dahagakan pengisian yang baru sama ada melalui pensyarah, sahabat sepengajian, buku, internet dan persekitaran. Setiap kali lepas mengaji satu ilmu baru, cuba kita cari di persekitaran kita. Sebagai seorang yang belajar mikrobiologi, Si Tukang Tulis cuba kaitkan dengan apa yang telah di pelajari.
"Belajar bukan hanya dalam kuliah, ia melibatkan semua deria manusia untuk mengenal, memahami dan menganalisis perkara yang berlaku dalam kehidupan. Kita belajar bukan hanya untuk cemerlang, kita belajar untuk kenal Sang Pencipta"
Kalau tak boleh selalu, sekali-sekala bila teringat, kena la usahakan. Contohnya; Bila orang bersin dalam lif, tutup mulut dengan tangan. Lepas tu tekan butang lif dengan tangan yang sama. Agak-agak ada virus atau bakteria tak kat butang tu? Tolong buktikan, bukan andaian sahaja! Ataupun bila kena sengat ngan lebah atau semut api, bendalir apa yang dihasilkan dalam tubuh mereka yang selamat untuk mereka tapi kenapa kita rasa sakit? apa yang kita belajar selalu ada dekat dengan kita. Bagaimana kita boleh tak perasan?
The more intelligent the question you ask of Mother Nature, the more intelligent will be her reply." - Sir Charles Sherrington-
-Sambung di Bahagian 2-

Belajar di Universiti (MyStory) Bhg.1

Sabtu, 28 Julai 2012

Assalamualaikum...

Sempena Ramadhan Al-Mubarak ni, Saya ingin mengambil peluang untuk minta maaf dan minta halal makan minum daripada sesapa sahaja yang ada terasa atau terhutang.Kalo nak tuntut, silakanlah sebelum roh meninggalkan jasad ini...(org yang berhutang sahaja...ngehehe). Lama gak takda entri baru untuk MyThought...maka di kesempatan ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang rahsia sains di sebalik Solat yang kita lakukan seharian. Semasa bulan mulia ni, pasti ramai yang tidak ingin melepaskan peluang untuk menambah amalan2 kebajikan sama ada wajib atau sunat. Kita percaya yang Solat menjadi salah satu rukun Islam dan merupakan tiang agama...Dalam masa yang sama, ada antara kita lalai dengan Solat yang sering kita lakukan...Mungkin ramai di kalangan kita yang sempurna solatnya dan ada sebahagian yang lain pula kurang sempurna. Oleh yang demikian, saya ingin mengajak rerakan semua berbincang mengenai kebaikan solat yang sempurna terhadap kita sebagai satu peringatan untuk diri saya sendiri dan mudah2an memberikan sedikit manfaat kepada rerakan blogger muslim semua.

Minggu lepas, Saya terjumpa buku yang memang saya cari selama ini...Kebaikan Solat dari Perspektif Sains terbitan Universiti Malaya. Pengarang buku terdiri daripada 2 penulis muslim, Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim dan Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas serta seorang NON-MUSLIM, Ng Siew Cheok. Ketiga2 penulis ini terlibat secara langsung dalam satu kajian yang dilakukan di UM untuk membuka pintu2 rahsia mengenai kebaikan solat terhadap tubuh badan kita....

Kebaikan Solat terhadap Komposisi Badan
Saya akan cuba meringkaskan isi2 penting dan untuk perbincangan yang lengkap, Rerakan bolehla beli buku ni di kedai buku.Hehehe...bahagian ini membincangkan mengenai tabiat2 lazim yang dilakukan dalam bersolat dan kesannya kepada kesihatan badan. secara umumnya, 

Kajian dijalankan berdasarkan 3 parameter yang telah ditetapkan
  • Sudut fasa-ukuran terhadap ketelapan membran sel. Kadar ketelapan yang tinggi sebagai tanda aras kesihatan yang baik (bendalir dalam sel tinggi/bendalir luar sel rendah)
  • Kapasitan badan-kadar keupayaan sel menyimpan tenaga. Kadar kapasitan yang tinggi sebagai tanda aras kesihatan yang baik.
  • Rintangan-Rintangan berkait rapat dengan kekenyalan salur darah. Rintangan yang rendah menandakan salur darah yang lebih kenyal dan melancarkan darah yang mengalir seterusnya mengelakkan penyakit darah tinggi, jantung, dan strok
 Parameter tadi diukur berdasarkan 5 tabiat solat sempurna
  • Amalan solat 5 waktu
  • Tahap bacaan dan pemahaman bacaan semasa solat
  • Solat secara berjemaah
  • Kedudukan tulang belakang yang lurus semasa rukuk selari dengan punggung dan kepala
  • Jari kaki yg dibengkokkan semasa sujud, duduk tahiyat dan duduk antara dua sujud
Klik gambar untuk besarkan
Dalam Kajian yang telah dilakukan, mereka yang mengamalkan 4-5 tabiat solat yang sempurna mempunyai kadar kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna. secara khususnya, mereka yang menunaikan solat 5 waktu sehari lebih sihat berbanding yang tidak sempurna. Selain itu, mereka yang memahami bacaan dalam solat mempunyai bacaan sudut fasa, kapasitan badan dan jumlah bendalir yang meningkat dan nilai rintangan yang menurun berbanding mereka yang tidak memahaminya.peningkatan bendalir dalam sel juga membantu melancarkan perjalanan darah terutamanya ke otak dan ini seterusnya membekalkan kandungan oksigen yang cukup. Kesannya, mereka boleh berfikir dengan lebih rasional dan sentiasa tenang menjalani kehidupan seharian.

Dalam kajian ini juga, Para penyelidik telah membuktikan bahawa mereka yang bersolat secara berjemaah mempunyai sudut fasa dan kapasitan yang tinggi berbanding yang solat sendirian. ini kerana, solat berjemaah menggalakkan persentuhan antara jemaah yang membolehkan pengaliran cas2 elektrik dalam badan dan seterusnya mengimbangkan cas2 tersebut (cas ada positif dan negatif) keseimbangan cas dalam badan seterusnya meningkatkan keupayaan sel untuk menyimpan tenaga dan menjadikan badan lebih bertenaga. Di samping itu, nilai rintangan turut menurun dan menyebabkan pengaliran darah yang lebih lancar ke seluruh badan dan menghindarkan tubuh daripada penyakit2 seperti stress dan sebagainya

klik untuk besarkan
Di samping itu, para penyelidik juga mengkaji tahap kesihatan mereka yang mengamalkan rukuk yang sempurna 90 darjah (selari punggung, tulang belakan dan kepala) serta duduk tahiyat dan duduk antara dua sujud dengan membengkokkan jari kaki kanan. Amalan rukuk yang sempurna serta dengan menegakkan tulang belakang telah terbukti mampu mengurangkan risiko serta menjadi terapi sakit pinggang (tak percaya? Cuba buat...saya dah cuba dan ternyata rasa kelainannya, Sakit pinggang ni memang terkenal kat Malaysia.ngehehe) manakala amalan membengkokkan jari kaki semasa sujud, duduk antara dua sujud dan duduk tahiyat nyata memberikan kesan signifikan pengurangan jumlah lemak dalam badan dan mereka juga mendapati peningkatan jisim lemak kepada mereka yang tak melakukannya...(patotla badan jadi camni...)

Rujukan: Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas & Ng Siew Cheok, 2009. Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains, Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya.

Nampaknya gaya macam da banyak la pulak...tapi ada lagi yang nak dikongsi. Jadi kita bincang pada entri akan datang. Saya harap rerakan Blogger sudi berkongsi dengan rerakan yang lain sebagai salah satu usaha kita menggalakkan orang bersolat dengan lebih sempurna.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
            “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”.  (Az-Zumar:9)

Firman Allah S.W.T maksudnya:
“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)

Firman-Nya lagi maksudnya:
            “Hanya sanya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”.   (Al-Faatir:28)
(Jika ada yang sudi berkongsi entri dengan saya, silakan dan jika tidak keberatan, letak sekali banner seperti di bawah ni....

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

"Segala ilmu dan isi alam ini adalah Hak Milik Allah,
Sebarkanlah agar ia memberi manfaat kepada yang lain.
Kita hanya meminjamnya sahaja"-MyThought-

Tau tak....kebaikan Solat dari perspektif sains??? Bhg.1 (repost)

Khamis, 19 Julai 2012

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Ramadhan bakal menjelang. Rindunya nak puasa di kampung. Sejak masuk asrama sampai ke hari ni, sekali sekala je dapat puasa di kampung. Kalau masa kecik-kecik dulu...1 Ramadhan akan disambut dengan kenduri di balai raya. Biasanya, sape yang pergi mesti bawa setalam dua makanan. Biasanya kuih, bihun goreng dan sebagainya. Budak kecik macam biasalah, main kat luar. Paling best main baling selipar dengan kejar-kejar (macam upin ipin pun ada gak). Hahahaha, dulu kurus. Boleh lagi jadi champion. Sekarang, korang bayo pun aku tak nak. 

Bila mula puasa, memang seronok...sebab bila nak buka dapat beli air 7up atau ais krim soda yang dalam botol kaca. Masa tu harga dia baru 50-60 sen. Biasa pergi kedai dengan mak beli dengan botol dia sekali, esoknya, baru pulangkan sambil yang baru. Masa tu, bazar ramadhan tak berapa sangat. Ramai jual depan rumah je. Ada sekali, lepas beli air botol tu, balik rumah naik basikal. Tengah kayuh...bole pulak terlepas. Botol berderai, dengan air mata sekali berderai. Buka puasa hari tu memang sedih betul la. Lepas tu memang gengam baik punya. Siap balut kain atau kertas taknak kasi belaga. Hahaha.

Perkara yang paling dirindui dari dulu hingga ke hari ni...tunggu azan buka puasa. Biasa dengar azan kat radio atau TV. Kalau kat masjid, lambat seminit dua. Tapi, biasanya dengar yang kat radio terus buka. Bila tanya mak, mak jawap "Orang yang azan tu dah buka siap-siap baru dia azan". Masa tu mana kisah dah, dengan macam-macam makanan kat atas meja. Masa puasa ni la mak masak sedap-sedap dan macam-macam. Murtabak la, rendang la, ayam masak merah la, ikan taucu la, mee rebus la, gado-gado dan kuih raya separuh masak pun ada (Tak sabar punya pasal, kuih belum masak pun dah ngap). Lepas buka, solat maghrib, pastu sambung 2nd round makan. Pastu terawih memang liat la. Tambah lagi kawan-kawan ajak main kat luar masjid.

Sekali sekala balik Pontian, buka puasa dengan arwah nenek ngan atok. Biasanya mak akan masak lebih sikit atau singgah kat tepi laut beli murtabak 5 lapis atau asma rojak...meleleh lak air liur ni...Timing memang baik punya. Sampai rumah atok dah nak azan. Semua akan duduk sambil tengok jam kat dinding dan nak dengar azan. Jam lama yang ada bandul, bila tepak kul 7, dia akan bunyi 7 kali. Masa tu macam-macam lauk ada, lauk dari rumah tambah lagi lauk mendatang dari jiran atau sedara mara yang dekat situ. Kalau sepupu-sepapat balik kampung, memang penuh ar dari dapur sampai ke ruang tamu. Lepas maghrib, 2nd round reramai. Seronok...tapi mungkin tiada lagi peluang sebegitu lepas ni...

Dalam banyak-banyak benda best masa puasa. Yang paling best sekali ialah azan subuh yang sayup-sayup kedengaran dari masjid. Tak sangka...bila sampai sini, azan subuh tu la yang paling dirindui. Sini memang dengar dari komputer je la. Tapi...azan yang berkumandang, sayup-sayup kedengaran, di hening pagi. Sungguh lain rasanya. Bila dah hilang, baru lah terasa rindunya...

Ramadhan yang dirindui...

Khamis, 5 Julai 2012

Assalamualaikum

{REPOST en3} sebab tengah minum teh...

Sejak mula semester ni, ada je keje nak kena buat. Selepas entri berkenaan dengan kopi, atas permintaan cik eyna chan dan maklum balas cik kiwi, kali ni kita akan lihat berkaitan kebaikan minum TEH :)

Teh (Camellia sinensis) mempunyai kandungan antioxidant catechins (>30%) dan sedikit sahaja kandungan caffeine (3%) yg menjadikan teh lebih di gemari berbanding kopi. Walau bagaimanapun, seperti yg telah dibincangkan pada entri lepas, kedua-duanya mempunyai kebaikan yang unik.Terdapat beberapa jenis teh yg dibezakan melalui kaedah penghasilannya. kita ada white tea, yellow tea,green tea,oolong dan black tea. sila rujuk gambar dibawah mengenai penghasilan teh;

Sedapnye minum TEH...tapi tahukah anda....?

Selasa, 3 Julai 2012

Assalamualaikum,

Tetiba rajin la pulak bulan ni update blog ni...Sebenarnya tengah stress dengan projek. Jadi segala tenaga stress itu perlu dibuang dan blog menjadi salah satu mangsa luahan tenaga tadi. Hahaha. Kali ni SiTukangTulis nak berkongsi sedikit pameran di USYD Library...tahun lepas punya kot. Lupa nak kongsi masa tu, ni baru terjumpa balik gambar-gambar. OK, Sepertimana semua maklum, USYD antara universiti yang agak berumur, terdapat banyak koleksi peralatan-peralatan yang digunakan semasa era Louis Pasteur masih tersimpan rapi di sini. Antaranya ialah mikroskop di bawah. Sebelum ni pernah cerita bagaimana kisah Louis Pasteur berkait dengan sejarah di sini. Boleh baca di SINI.

Gambar sebelah kiri adalah mikroskop dari tahun 1870 yang juga digunakan semasa zama Louis Pasteur dan Robert Koch. Sebelah kanan pula contoh darah specimen yang disimpan dalam vial dari tahun 1880.

Yang ni pula Syringe dari tahun 1930. Diperbuat daripada besi dan kaca. Sekarang, semua jenis pakai buang. Jarang jumpa yang macam ni. Kalau ada pun, memang untuk 'special application' seperti 'nuclear injection'. 

Paling menarik minat SiTukangTulis adalah beberapa komik 'sains' dari tahun 1900. Pendidikan sains telah diserap dalam akhbar harian semasa zaman tersebut dalam bentuk yang sangat memberi kesan...'comic strip'. Benda ni takda di Malaysia atau lebih tepat semasa SiTukangTulis kecik-kecik dulu. Di negara maju, dunia sains' bukan lagi khusus menjadi topik bualan saintis. Banyak buku dan rancangan TV yang memaparkan perbincangan topik yang munkin bagi sesetengah kita di Malaysia rasa berat. Sebagai contoh, dokumentari tentang Teori Relativiti, Singularity, Falsafah dan sebagainya. Sudah sampai masanya untuk kita di Malaysia mengurangkan drama-drama cintan yang kurang memberi manfaat kepada pembentukan masyarakat dan memberi tumpuan kepada proses pendidikan untuk generasi negara maju. Media juga perlu mengurangkan atau mengawal rancangan-rancangan drama luar negara yang lebih banyak membawa mesej-mesej yang tidak bermanfaat. 

Kita menjerit sana-sini tentang kedhaifan generasi muda kita dalam sejarah, intelektual, identiti bangsa dan sebagainya, tapi siapakah yang bertanggungjawab menyebabkan ia berlaku? Adakah kelembapan bangsa kita disebabkan oleh kebengapan orang yang memonopoli negara kita? Mungkin.... Benar, negara kita maju kehadapan dari sisi kelengkapan teknologi, tapi bagaimana pula dengan kelengkapan sumber manusia? Benarkah sistem pendidikan negara kita sekarang sesuai dengan dunia masa depan? Kita kena ingat, perkembangan ilmu semakin lama semakin bertambah. Cukupkah sistem pendidikan kita untuk terus terapung dan berbakti menambah lautan ilmu atau kita akan tenggelam sepertimana tenggelamnya mitos bandar Atlantis? Semua ini adalah persoalan yang wajar difikirkan untuk setiap unit individu dalam masyarakat kita. Kadangkala, masyarakat kita terlalu selesa kerana senantiasa 'disuap' dan digula-gulakan'...kita terlalu senang hingga kita lemas dalam kejahilan. Layakkah kita mendapat pendidikan percuma sedangkan kita selama ini umpama disuap sahaja? Menuntut ilmu bukan sekadar untuk menjawap kertas peperiksaan. Menuntut ilmu satu ibadah dan ibadah perlu dilakukan dengan kesungguhan. Ia perlu disulam dengan niat dan keyakinan kepada Allah. Kemudian beramal dengan ilmu tersebut untuk mencari keredhaan Allah kerana yang memberi rezeki kepada kita bukan bos kita, tapi keluasan rahmat Allah yang Maha pemberi rezeki.

Dari zaman Louis Pasteur

Selasa, 5 Jun 2012

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sekali lagi berpeluang menulis di sini. Pasti ramai yang tahu CEO Apple baru meninggal dunia. Secara jujurnya, SiTukangTulis tak pernah amik kisah siapa CEO Apple, siapa Steve Jobs dan apa yang dia buat. Tapi kenapa tetiba SiTukangTulis ingin berkongsi pasal Steve Jobs ni? Dah beberapa hari SiTukangTulis dengar cerita pasal Steve Jobs dapat cancer dan sebagainya selain daripada dia sebagai CEO Apple. Jadi bila dapat tahu cerita Steve Jobs meninggal hari ini, ramai pula yang post pasal kematian dia. Tetapi ada satu video ucapan Steve Jobs di University Stanford graduation day yang sangat menarik bagi SiTukangTulis.

Steve Jobs keywords, Connecting Dots, Love and Lost, Death